Dingin aircond di waktu summer.
Teman-teman lab berbangsa Taiwan yang gigih dan tak henti-henti bekerja, ibarat robot.
Jilat bontot Professor untuk lulus.
Lebih kurang tiga bulan saja lagi aku akan meninggalkan pulau Formosa ini.
Pulang dengan segenggam ijazah sarjana, atau tangan kosong seperti teman-teman yang kecundang sebelum ini,
Calo Amiki dari Solomon Island, Yudha Trinoegraha Adiputra dari Indonesia.
Salam Sawadogo yang nyaris-nyaris gagal kerana catfishnya dimakan seabird, bak kata Ah Fung.
Le Minh Duong yang bertungkus lumus di saat akhir menyiapkan experimen kerana temperature limitation.
Kecundang bukan kerana tidak berusaha,
Tapi mati dibunuh oleh system di Formosa ini.
Ya, sistem di sini mengkehendakkan setiap pelajar undergraduate untuk menggunakan bahasa mandarin,
Jadi rata-rata student yang english native speaker ini perlu menghadapi kelas persediaan bahasa mandarin selama setahun di mana-mana universiti sekitar Taiwan terlebih dahulu, sebelum diserap masuk ke universiti awam di sini.
Lebih kurang sama seperti persediaan melanjutkan pelajaran ke Jepun, perlu ke Ambang Asuhan Jepun terlebih dahulu.
Satu tahun, kelas intensif bahasa mandarin.
Segala pinyin serta character-character dihafal setiap hari, sampai muntah hijau bak kata Pak Agus Putra.
Namun, ini belum menjanjikan kesenangan pabila masuk ke kelas sewaktu di universiti kelak.
Bayangkan kalau setiap scientific term yang sesimple oxygen, photosynthesis, malah testes dan sperm juga punya translation di dalam bahasa mandarin. Mereka di sini tidak menggunakan bahasa Inggeris langsung.
No, not even a single word!
Kepala bana.
Entah bagaimana nasib teman-teman yang lain dari Central America seperti Orlando, Roberto, Anna, Karyna dan lain-lain nanti.
At the sime time, wa respek sama temen-temen Indonesia kayak Johan, Paulus Mamat dan Rudi Voller yang struggle gila babi untuk menamatkan pengajian S1 kalian di sini sehingga sukses.
Ya, Indonesia mengamalkan prinsip Satu Nusa, Satu Bangsa.
Jadi tidak wujud bangsa Melayu, Cina atau India seperti di Malaysia.
![]() |
| Paulus Mamat |
"Garuda di dadaku", bak kata Rudi Voller yang pada pandangan gua dia berwajah cina, tapi dilahirkan di Indonesia. Semangat Garuda itu sangat kuat, tanpa membezakan warna kulit dan keturunan.
![]() |
| "Garuda di dadaku" - Rudi Voller |
Fuck British, for their dasar Pecah Perintah.


No comments:
Post a Comment