Monday, April 15, 2013

No reason for not being happy

aku dah penah melalui satu phase di mana terpaksa jaga ayah aku kat hospital
terpaksa tangguh aku punya master study kat oversea selama almost dua bulan
balik malaysia jaga ayah and settlekan hal mak dan adik-adik
sorang belajar form 2, sorang lagi baru nak pursue higher education in accounting kat public college

mama still terkejut,
she never predict that a man that she spent almost 25 years of her life with,
diagnosed for Non-Hodgkins Lymphoma
a brain tumor which developed into cancer
dad already at Stage 4,
which is the final stage

sebulan aku dan mak stay kat rumah tumpangan pelawat hospital
sebuah banglo lama yang disediakan untuk orang yang datang dari area jauh-jauh
setiap tiga hari kena apply borang baru untuk continue stay situ

bilik tidur mcm dorm
katil semua disusun mcm kat wad pesakit
tak selesa, tapi kami pun tak mintak lebih,
janji dekat, dapat jalan kaki ke wad ayah
nak selesa sikit amik hotel, tapi jauh so tak convenient.


aku dan mak ulang-alik ke wad ICU setiap hari

pagi pukul 9-12
petang 5-7

other than that time, berkeliaran saja kat area hospital
sebab doctor suruh standy
cause anything can happen to my dad at anytime
kami tak boleh jauh dari hospital
supaya senang nak mintak consent

aku dah jumpa bermacam-macam orang kat sekitar hospital
dari pak cik yang nak ajar aku ilmu tarekat sambil bagi makan buah kurma
mak cik yang tunggu laki dia operate tempurung kepala
bapak yang tiap-tiap bulan hantar anak ke hospital sebab thalassemia, sampai mak dia sanggup lari tinggalkan diorang
apek kena ikat kat katil hospital cuba larikan diri sampai jatuh berdarah-darah atas jalan raya
aci india jaga anak dia eksiden kepala hancur sebelah
ustaz sakit otak yang claim nampak hantu berkeliaran kat wad
kakak jaga adik yang eksiden moto
dua patient keluar makan durian dengan masih berbaju hijau wad hospital

semua benda yang aku observe,
semua orang yang aku jumpa dan kenal,
semua dorang ni buat aku sedar,
aku realize bahawa,
kita kena appreciate every little things in our life
before any fucked up shit happen 
like this one.

bersyukur dengan setiap benda kecik yang kita ada,
setiap benda kecik yang kita dapat setiap hari,
setiap orang yang buat kita bahagia selama ni,
sebelum sesuatu yang tak elok berlaku.
dan bakal merubah hidup kita selamanya.

nak hepi,
berhenti membanding
fokus dengan apa yang kita ada
dan bersyukur.

1 comment:

  1. I still remember summer '11, summer that change my life. Truer Words Were Never Spoken.

    ReplyDelete