Sunday, January 30, 2011

tazkirah ringkas

KENAPA AKU DIUJI?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” -

(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya:Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

(Surah Al-Baqarah ayat 214)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -

(Surah Al-Baqarah ayat 286)

RASA FRUST?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.”

(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

(Surah Al-Baqarah ayat 45)

Rasulullah saw bersabda : solat itu adalah tiang agama. Maka sesiapa yg mengerjakannya bererti dia telah menegakkan agama, manakala siapa yg meninggalkannya bererti dia telah meruntuhkan agama.

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ..

(Surah At-Taubah ayat 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”

(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

“… ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”

(Surah Yusuf ayat 12)

Ketahuilah bahawa segala nikmat kekayaan, kecantikan ,kesihatan, nama, pengaruh, pangkat dan kebanggaan dengan pengetahuan dan bakat.kelebihan/kemahiran yang ada pada diri kita hanyalah pinjaman sahaja bagi kita menjalani kehidupan sementara di dunia ini.

Surah As-Syura (As-Shura) [36] Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya.

Surah Al-Qasas [60] Dan apa jua yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?

Surah Al-Kahfi [45]Dan berilah kepada mereka misal perbandingan Kehidupan dunia ini umpama air yang Kami turunkan dari langit,lalu suburlah kerananya tanaman di bumi; kemudian menjadilah ia kering ditiup angin; dan adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Ketahuilah bahawa segala kesenangan dan kesusahan di dunia ini adalah sementara.

No comments:

Post a Comment